You Are Here: Home » Aktiviti » AGM KBHI Ke-9

AGM KBHI Ke-9

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” Surah Az-Zariyat: 55

20170301_220049Pada 1 Mac 2017 telah dijalankan Mesyuarat Agung Kelab Belia Haluan Ipoh kali ke-9 bertempat di Pejabat HALUAN Perak, Ipoh. Seramai 32 orang anggota Kelab Belia Haluan Ipoh yang telah bersama hadir ke mesyuarat tersebut. Turut dijemput ialah Encik Ibrahim bin Mohd Ali selaku wakil HALUAN Perak.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi kelab, Encik Muhammad Fadhli bin Razali. Beliau berterima kasih kepada semua anggota kelab yang telah memberikan komitmen dalam menjalankan tugas untuk menjayakan aktiviti kelab sepanjang tahun 2016. Beliau turut berkongsi tentang perkembangan kelab dari segi bilangan keahlian, kematangan dalam mengendalikan program dan juga dana yang mula menampakkan hasil.

Seterusnya pembentangan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016 oleh saudara Ahmad Yusuf bin Razali. Sebanyak 13 aktiviti yang telah dijalankan yang melibatkan program bersama masyarakat, sesama ahli kelab dan juga program dana. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan tahun 2016 oleh bendahari kelab, saudara Muhammad Ridhwan bin Abdul Rahman.

Dalam usul cadangan dan pandangan pula, saudara Ahmad Yusuf mencadangkan untuk membuat baju T-Shirt baru kelab memandangkan baju lama sudah semakin mengecut. Seterusnya saudara Muhammad Ikhwan mencadangkan agar diadakan aktiviti bersama pemuda Manjung sama ada berbentuk indoor atau outdoor. Saudara Ahmad Al-Wafi memberi cadangan agar ditubuhkan team untuk membuat risalah tarbawi atau mengumpul artikel untuk diedarkan secara bulanan atau berkala. Saudara Mohamad Izwan mengusulkan agar database keahlian kelab dikemaskini semula memandangkan pertambahan  ahli kelab. Saudari Izzah Liyanamadihah mencadangkan agar AJK Pemudi dapat menjalankan aktiviti outdoor dikalangan pemudi sendiri.

Turut diselitkan dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan kasar 2017 dimana pengerusi Kelab Belia Haluan Ipoh telah memberi sedikit penjelasan tentang beberapa aktiviti yang bakal dijalankan samada bersama pihak kerajaan, masyarakat dan sesama ahli sendiri.

Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh wakil HALUAN Perak, Encik Ibrahim bin Mohd Ali. Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan mesyuarat dengan teratur. Beliau turut mengingatkan agar memperkemaskan gerak kerja dan dalaman sebagai barisan pelapis. Beliau berharap agar pihak kelab akan terus berkhidmat untuk masyarakat dan juga negara. Mesyuarat ditangguh dengan cabutan bertuah.

20170301_213820Ucapan aluan oleh pengerusi KBHI, saudara Muhammad Fadhli

20170301_213854Peserta memberi tumpuan pada ucapan dan perancangan pengerusi kelab

20170301_213908Barisan pemudi yang turut sama hadir dalam Mesyuarat Agung KBHI

20170301_222630Ucapan penangguhan yang disempurnakan oleh wakil HALUAN Perak

IMG-20170301-WA0064Sesi bergambar kenangan AGM KBHI ke-9

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com