You Are Here: Home » Aktiviti » Anak Soleh Perindu Syurga

Anak Soleh Perindu Syurga

img_0741PADANG RENGAS, PERAK 7 Disember 2016 – Kelab Remaja Haluan (KeARAH) dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI) dan HALUANITA telah menganjurkan Kem Anak Soleh (KASeH) Siri 2 di Batu Ampar Resort, Padang Rengas, Perak pada 26 & 27 November 2016. Seramai 39 orang peserta dari seluruh negeri Perak hadir untuk menyertai KASeH pada kali ini. Dengan tema Anak Soleh Perindu Syurga, pihak penganjur berharap agar peserta dapat mengambil input-input dari kem dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi anak yang soleh. KASeH kali ini diketuai oleh Cikgu Zul Safaruddin bin Mat selaku Penasihat KASeH Perak turut sama dijayakan oleh kem komandan Abdul Hakim bin Abdull Hamid, timbalan komandan, Bilal bin Osman dan Faathimah bt Ab Ghani serta barisan fasilitator dan urusetia yang sangat komited dalam menjayakan KASeH Perak.

Program bermula dengan sesi taklimat program oleh Kem Komandan seterusnya slot ice breaking dan pembahagian kumpulan. Program diteruskan dengan slot Tahsin Solat dimana terdapat beberapa checkpoint di sekitar perkarangan kem dan peserta akan diterangkan tentang rukun solat, bacaan dalam solat, doa dan sebagainya. Pada sebelah malam, peserta diberikan pengisian bertajuk ‘Anak Soleh Perindu Syurga’ yang disampaikan oleh Encik Mohd Izwan bin Aminuddin. Beliau berkongsi tentang ciri-ciri anak soleh serta tanggungjawab anak-anak kepada ibubapanya. Beliau menamatkan sesi pengisian dengan sedikit kuiz kepada peserta.

Keesokan paginya, , peserta bersiap sedia untuk solat subuh bersama dan mendengar pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Aizul Ahyar bin Saminan berkongsi tentang beberapa sirah yang dipetik dari buku ’47 Superstar Syurga’. Antara sirah yang diselitkan ialah kehebatan dan ketokohan Saidina Umar Al-Khattab. Beliau turut mengingatkan peserta agar sentiasa memanfaatkan masa terluang dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Seterusnya peserta membuat persiapan dan menjalani aktiviti Nikmat Deria. Dalam aktiviti ini, mereka diuji tentang kepekaan deria rasa, pendengaran, penglihatan, sentuhan dan bau masing-masing.

Majlis penutupan KASeH telah disempurnakan oleh Encik Zul Safaruddin bin Mat, Ketua Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja HALUAN Perak. Beliau mengucapkan syabas pada peserta kerana telah memberi sepenuh komitmen dalam menjalani kem dan berharap agar peserta dapat mengambil ilmu yang baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Beliau juga berharap peserta akan terus menyertai program yang dianjurkan oleh pihak KeARAH. Beliau mengucapkan terima kasih pada para fasilitator dan urusetia yang memberi komitmen serta sumbangan tenaga dalam menjayakan kem ini.

Laporan oleh Izzah Athirah Ibrahim, Setiausaha KASeH Perak 2016.

img_0577Peserta ditugaskan untuk membuat logo kumpulan masing-masing

img_0585Memperkenalkan ahli dan membentangkan logo kumpulan serta slogan

img_0688Fasilitator menyemak bacaan dan pergerakan dalam solat peserta

img_0778Salah satu checkpoint dalam slot Nikmat Deria, iaitu deria rasa

img_0822Majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Cikgu Zul Safaruddin

img_0828Antara peserta yang mendapat markah tinggi untuk Tahsin Solat

img_0846Gambar kenangan Kem Anak Soleh (KASeH) Perak 2016

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com