You Are Here: Home » BIRO KEMANUSIAAN » Peduli Palestin

Peduli Palestin

Biro HALUAN Palestin (HALUAN Palestin) adalah satu usaha HALUAN Malaysia untuk mendokong perjuangan membebaskan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel. HALUAN percaya bahawa Palestin adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan demi kedamaian masyarakat dunia dari semua semua kepercayaan, baik Islam, Yahudi, Kristian mahupun agama-agama lain yang cintakan kedamaian dan sikap hormat-menghormati.

Biro ini memberi perhatian khusus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan isu Palestin dan mendedahkan kezaliman rejim pengganas Zionis Israel dalam merampas hak pemilik asal bumi tersebut. HALUAN juga membantu mangsa-mangsa kezaliman Israel ini secara langsung dengan projek pemulihan di Gaza dan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian Palestin di Gaza dan negara-negara jiran mereka.

Tabung Haluan Palestin

Objektif penubuhan Biro HALUAN Palestin adalah untuk membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan dan juga menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa yang dicerobohi.

Berikut adalah antara peranan utama yang dimainkan oleh biro ini:

  • Membantu perjuangan bangsa Palestin untuk bebas dari penjajahan Zionis Israel dalam bentuk sokongan moral mahupun material.
  • Menanamkan serta membangun semangat ukhuwah Islamiyah rakyat Malaysia terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Membantu penyebaran informasi tentang perkembangan semasa rakyat Palestin dan masjid Al-Aqsa.
  • Mewujudkan tabung dana Palestin untuk disalurkan kepada pihak rakyat Palestin melalui rakan-rakan NGO tempatan dan juga pihak berwajib di Palestin.
  • Mewujudkan projek-projek kebajikan khususnya dalam bentuk pendidikan dan kesihatan atau perubatan kepada rakyat Palestin dan juga mangsa pelarian Palestin di negara-negara jiran.

Sumber: Laman Rasmi HALUAN (http://www.haluan.org.my)

USAHA KELAB BELIA HALUAN IPOH

Untuk pengetahuan para visitor, Kelab Belia Haluan Ipoh merupakan salah satu badan yang telah dilantik untuk menjalankan kutipan untuk disalurkan kepada Biro HALUAN Palestin. Bagi memudahkan orang ramai untuk menyumbang, pihak kami telah meletakkan tabung berlabel ‘HALUAN Palestin’ di beberapa lokasi seperti:

  • Restoran Dayang Nur, Greentown Nova, Ipoh
  • Restoran Pak Ngah, Bercham
  • Stokis Al-Jabbar Healthcare, Rapat Setia

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com