You Are Here: Home » Aktiviti » Fitness Test 2012

Fitness Test 2012

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”. Rasulullah saw (HR Bukhari)

Pada 4 Mac 2012 telah dijalankan Ujian Kecergasan Peringkat Negeri di Kampung Sungai Ular, Simpang Pulai dimana program ini merupakan program tahunan HALUAN Perak. Program ini melibatkan semua lapisan umur dari peringkat sekolah rendah sehingga peringkat veteran. Antara yang turut hadir pada waktu itu adalah Cikgu Mohd Abduh bin Zainal Abidin selaku penasihat Biro Sukan dan Rekreasi HALUAN. Jarak yang telah ditetapkan dalam Ujian Kecergasan ini ialah 5km untuk lelaki dan 3km untuk wanita.

Ujian Kecergasan ini dilepaskan oleh Yang Di-Pertua HALUAN Perak, Encik Amran bin Yeop Zahari bermula jam 9.45 pagi. Pelbagai strategi dan langkah yang telah disusun oleh setiap peserta bagi menamatkan misi larian dan mengejarkan masa yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, semua peserta berjaya menamatkan larian dengan jayakan tanpa ada berlaku apa-apa kecederaan. Antara yang menarik adalah Cikgu Mohd Abduh menjangkau umur 72 tahun pada hari tesebut dan masa yang beliau catatkan untuk menamatkan 5km iailah 36.0 minit. Rekod masa yang memberi tamparan maut dan cabaran buat semua peringkat umur. Namun begitu, ada juga peserta yang berlari lebih dari jarak yang telah ditetapkan. Sekurang-kurangnya beliau mencuba.

Program diteruskan dengan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Abduh. Antara yang disampaikan oleh beliau ialah setiap orang perlu menjalani latihan untuk penjagaan roh, akal dan jasmani. Hal ini kerana Islam itu dibawa oleh orang-orang yang mempunyai kekuatan dari pelbagai aspek. Beliau juga menyentuh tentang 3 tahap keupayaan fizikal iaitu tahap sihat, tahap cergas dan tahap tahan lasak. Dan beliau menekankan tentang senaman sekurang-kurangkan harus dilakukan 3 kali seminggu. Dengan kesihatan yang baik dapat memberi kita peluang untuk bekerja dengan lebih efektif.

“Don’t worry about your weight but worry about your exercise”.  Cikgu Mohd Abduh

(Sila klik pada gambar untuk ke album Fitness Test 2012)

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Comments (2)

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com