You Are Here: Home » Aktiviti » Kejohanan Futsal Sahabat KBHI

Kejohanan Futsal Sahabat KBHI

“I think sportmanship is knowing that it is a game, that we are only as good as our opponents, and whether you win or lose, to always give 100 percent. ” (Sue Wicks)

img_5445Setelah hampir 7 bulan merancang, dengan izin Allah swt pada 29 Oktober 2016 team KBHI Crew telah menganjurkan Kejohanan Futsal Sahabat KBHI 2016 yang diadakan di ProSport Futsal Arena, Gunung Rapat. Lapan pasukan dikalangan sahabat KBHI telah menyertai kejohanan futsal ini termasuk 2 pasukan dari KBHI Crew sendiri. Program ini bertujuan untuk saling kenal-mengenal dan memberi pendedahan pada pasukan futsal yang baru tentang pertandingan futsal.

Kejohanan ini dimulakan dengan ucapan perasmian dari pengerusi Kelab Belia Haluan Ipoh, Encik Muhammad Fadhli bin Razali. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini memandangkan hadiah yang ditawarkan tidak seperti kejohanan biasa. Beliau juga berharap agar tidak berlaku sebarang pergaduhan sepanjang kejohanan ini dijalankan.

Perlawanan bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. Kejohanan Futsal Sahabat KBHI ini dimenangi oleh pasukan SR8 dan naib johan disandang oleh pasukan T7. Manakala team KBHI A dan Regu A (U16) mendapat tempat ketiga dan keempat.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Pihak Kelab Belia Haluan Ipoh ingin mengucapkan terima kasih pada semua pasukan yang turut serta dalam kejohanan. Diharap agar kejohanan dapat diteruskan untuk masa akan datang InshaAllah.

img_5385Ucapan perasmian oleh pengerusi Kelab Belia Haluan Ipoh

img_5402Pasukan 4 Flat (Politeknik) dan KBHI A

img_5409Pasukan Ma’had Ummah dan KBHI B

img_5421Pasukan Regu B (U16) dan T7

img_5441Pasukan SR8 dan Regu A (U16)

img_5481Antara aksi ketika perlawanan sedang berjalan

img_5509Tempat Keempat pasukan KBHI A

img_5513Tempat Ketiga pasukan Regu A (U16)

img_5520Tempat kedua pasukan T7

img_5533Tempat pertama pasukan SR8

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com