You Are Here: Home » Aktiviti » Ibrah Sebuah Perjalanan Agung

Ibrah Sebuah Perjalanan Agung

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” – Sura Al-Isra’: 1

Sempena sambutan Israk Mikraj, pada 24 April 2017 pihak HALUAN dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh, JKK Kg. Tualang Tujuh/ Sg. Ular dan AJK Surau Tualang Tujuh telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj bertempat di Surau Kg. Tualang Tujuh, Kg. Kepayang. Program yang diadakan dalam bentuk forum yang membincangkan tentang Ibrah di sebalik peristiwa Israk Mikraj.

Ustaz Aizul Ahyar bin Saminan berperanan sebagai moderator dalam forum ini dan dua ahli panel yang mengupas tentang Israk Mikraj iaitu Ustaz Sofiuddin bin Ahmad Farid dan Haji Zabidi bin Haji Nawawi. Antara point menarik di dalam forum ini ialah:

Ustaz Sofiuddin bin Ahmad Farid

  1. Dua keadaan yang Allah beri jika kita solat dalam keadaan yang sibuk:
    • Allah akanmemberikita rasa ketenangan
    • Allah akan melapangkan dan memberi kesenangan kepada kita

Haji Zabidi bin Haji Nawawi

“Untuk merasai penghayatan Israk Mikraj ini mestilah dilalui secara realiti bukan sekadar teori kerana ia berkait rapat dengan keimanan dan keyakinan kepada Allah danRasul.”

Forum ini berlangsung sebanyak tiga pusingan. Program diteruskan dengan pemberian naskah Al-Quran kepada penduduk Kg. Sg. Ular, Tualang Tujuh dan Paya Rengas, dimana wakil setiap kampung dijemput untuk menerima naskah Al-Quran yang disumbang oleh pihak HALUAN.

Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berterusan dan memberi manfaat pada masyarakat dan diterima segala amal baik oleh Allah swt.

IMG-20170427-WA0035Forum Israk Mikraj sedang berjalan

IMG-20170427-WA0042Hadirin memberi tumpuan ketika forum sedang berjalan

IMG-20170427-WA0039YDP HALUAN Perak menyampaikan naskah Al-Quran buat wakil kampung

IMG-20170427-WA0032Jamuan makan selepas forum selesai

IMG-20170427-WA0041Para VIP menjamu selera dengan juadah yang disediakan

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com