You Are Here: Home » Perkongsian » Iktibar – Orang Kafir Yang Budiman

Iktibar – Orang Kafir Yang Budiman

Benar, fitrah seorang manusia baik Muslim atau orang kafir mempunyai sifat kasih sayang yang tidak terperi. Peristiwa ini terjadi di kala pagi, aku bersama anak perempuanku pergi untuk membeli juadah sarapan pagi yang berhampiran dengan tempat tinggal kami.

Sedang kami asyik menunggu pesanan roti canai, tiba sebuah kereta BMW yang mewah yang mencuri perhatian kami yang berada di situ. Keluarlah seorang lelaki cina muda yang lengkap berpakaian sukan. Mungkin beliau baru saja selesai bersenam, barangkali.. Kelihatan juga beberapa orang dalam kereta, mungkin juga ahli keluarganya. Sewaktu lelaki cina itu berjalan keluar dari kereta sambil membawa sebungkus bijiran atau semacam dedak. , peniaga-peniaga di situ seperti mengenali beliau. Mungkin beliau sering berkunjung di situ. Atas tujuan apa??

Sebenarnya, dibelakang gerai-gerai jualan sarapan pagi itu terdapat padang atau tapak pasar malam. Rupa-rupanya, lelaki cina itu bertujuan untuk memberi makan pada burung-burung merpati yang agak banyak di situ. Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku pemuda cina tersebut. Berpuluh-puluh ekor burung merpati turun dari pokok, ada juga dari wayar tiang elektrik yang mahu menjamah bijiran yang dijamu.

Sambil aku memerhatikan, terdetik dalam fikiran aku. Alangkah mulianya dan beruntungnya jikalau beliau seorang Muslim. Sudah tentu ganjaran ‘tinggi’ yang beliau perolehi. Dari permulaan niatnya, duitnya, bijiran tersebut serta kudratnya yang hanya datang untuk memberi burung-burung merpati makan. Bayangkan setiap patukan burung merpati itu yang akan membawa ganjaran serta saham di akhirat. Namun, silapnya pemuda cina yang budiman ini, beliau tidak beriman. Alangkah ruginya orang kafir yang baik hati serta yang tidak melakukan sebarang benda mungkar cuma silapnya hanya tidak beriman pada Allah swt.

“Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
(Surah At-Tagabun : 2)

Bila diperhatikan balik dengan diri sendiri, kita sebagai orang Muslim sendiri yang tidak berusaha ke arah mencari redha Allah di mana ruang-ruang untuk kita mendapatkan ganjaran tersangatlah luas. Sebagai contoh kisah pemuda cina tadi, walaupun usahanya kecil hakikatnya di sisi Allah sangatlah mulia. Dan usaha kecil itu jua yang akan menyelamatkan di akhirat kelak. Sebagai seorang Muslim, kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dikurniakan iman serta ditempatkan dalam agama Allah selagi kita tidak menduakan Allah.

Aku bermuhasabah terhadap diri yang kerdil ini, betapa kita ini seringkali melakukan dosa dan silap. Aku mendoakan agar Allah tetapkan hati dan diri ini di jalan Allah hingga ke akhir hayat. Jangan sesekali Engkau pesongkan hati ini, dan janganlah Engkau beri ujian yang tidak tertanggung oleh hambamu yang lemah ini.

Hasil Perkongsian: wan2day

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Comments (2)

  • siti mariyah

    kat klang pun ada. ibu muslim berpurdah. memberi makan anjing2 liar. dia dan suaminya . Maka terharulah siapa yang melihat , lebih2 lagi orang kafir

    Reply
  • Ahmad

    Bila baca entry ni, teringat pada kisah seorang pelacur yang memberi minum pada seekor anjing. Amalan yang kecil tetapi besar nilainya pada Allah.
    Wallahu’alam.

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com