You Are Here: Home » Aktiviti » KASeH – Solat Membentuk Peribadi

KASeH – Solat Membentuk Peribadi

SIMPANG PULAI, PERAK 24 April 2017 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI) telah menganjurkan Kem Anak Soleh (KASeH) pada 21 dan 22 April 2017. Seramai 79 orang peserta yang terdiri daripada pelajar darjah 1 hingga darjah 6 dari seluruh negeri Perak telah menghadiri dengan jayanya ke kem yang bertempat di Sekolah Rendah Al-Ihsan, Kg Kepayang, Perak. Dengan bertemakan “Solat Berkualiti Peribadi Terpuji”, pihak penganjur mengharapkan peserta dapat menerapkan segala ilmu yang dipelajari terutama mengenai solat ke dalam kehidupan seharian.

Encik Mohd Izwan bin Aminuddin selaku pengarah program KASeh, yang dibantu oleh kem komandan, Amir Hamzah bin Razali dan timbalan kem komandan, Izzah Liyanamadihah binti Ibrahim serta barisan fasilitator yang begitu bersemangat dan komited telah bersama-sama merangka perancangan bagi melancarkan perjalanan kem kali ini.

Program bermula dengan taklimat kem komandan mengenai pengenalan program, keselamatan peserta, peraturan sepanjang program dan ketepatan masa bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Pada sebelah malam, peserta telah ditayangkan video mengenai solat yang diselangi dengan penjelasan oleh fasilitator bagi mengelak dari berlaku kekeliruan.

Pada keesokan paginya, peserta bersiap sedia untuk solat Subuh secara berjemaah dan diikuti penyampaian tazkirah ringkas oleh Cikgu Zul Safaruddin bin Mat. Seterusnya saudara Muhamad Raif bin Abdul Rahman telah mengendalikan senaman pagi dan regangan ringkas. Program diteruskan dengan aktiviti teori dan praktikal berkenaan solat dengan bantuan visual animasi. Setelah makan tengah hari dan solat zohor berjemaah, peserta dibentukkan dalam beberapa kumpulan untuk menjalankan ujian praktikal bagi melihat kefahaman peserta sepanjang program dijalankan. Setiap checkpoint akan diberi penilaian mengikut kefahaman sesuatu topik contohnya solat jemaah, azan, bacaan dalam solat, wudhu’ dan tayamum.

Akhir sekali, KAseh telah melabuhkan tirai dengan ucapan penutup oleh Encik Mohd Izwan bin Aminuddin selaku pengarah program. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir dalam program tersebut serta tidak lupa juga bagi pengerak-pengerak program ini yang bertukus-lumus menjayakan program KASeH. Beliau juga berharap agar para peserta dapat mempraktikkan seluruh ilmu berkenaan dengan solat yang dipelajari dalam kem tersebut dalam kehidupan harian sebagai seorang mukmin. Program diakhiri dengan sesi fotografi tenaga kerja dan peserta sebagai kenang-kenangan.

Laporan disediakan oleh Muhammad Syafwan Che Mustapha, Setiausaha KASeH Perak 1/2017.

IMG_7517Kem komandan memberi taklimat program kepada para peserta

IMG_7512Peserta menasyidkan lagu tema Kem Anak Soleh dengan penuh semangat

IMG_7577Cikgu Zul Safaruddin menyampaikan kuliah subuh

IMG_7586Saudara Muhammad Raif mengendalikan senaman pagi dan regangan

IMG_7761Fasilitator memberi penjelasan tentang solat jemaah (muafiq dan masbuq)

IMG_7804Peserta diuji untuk menunjukkan cara bertayamum

IMG_7859Fasilitator membuat semakan tentang solat mengikut kumpulan

IMG_7885Ucapan penutup yang telah disempurnakan oleh pengarah program

IMG_7909Sesi fotografi kenangan Kem Anak Soleh 1/2017

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com