You Are Here: Home » Aktiviti » Kem Personaliti Remaja (PESONA) 2017

Kem Personaliti Remaja (PESONA) 2017

“Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah An-Nisa [4]: 124).

Kem Personaliti Remaja (PESONA) telah dijalankan pada 23 September 2017 bertempat di Surah Ihsaniah,  anjuran Biro Pemudi HALUANITA Perak dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau Ihsaniah, Kelab Belia HALUAN Ipoh dan Biro IPT HALUANITA Perak. Seramai 72 orang peserta perempuan yang telah menghadirkan diri pada program ini dari sekitar negeri Perak.

Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan bacaan Al-Quran dari wakil Pemudi HALUANITA, saudari Siti Hamizah bt Ismail. Seterusnya taklimat program yang telah dikendalikan oleh saudari Nabila bt Mansor selaku Kem Komandan dan aktiviti ice-breaking serta pembahagian kumpulan.

Program diteruskan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Puan Siti Munirah Athirah bt Mohamad Ismail dengan tajuk ‘Istimewanya Menjadi Wanita’. Beliau mengingkatkan agar muslimah perlu sentiasa memperbaiki diri dalam memenuhi kriteria Mawar Berduri.  Antaranya ialah memperkemaskan hubungan dengan Allah dengan menjaga yang wajib dan melazimi yang sunat. Kemudian, istimewanya seorang wanita adalah kerana dapat melahirkan pewaris generasi Islam. Beliau turut berkongsi tentang kedudukan wanita dalam Islam sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu dan individu.

Seterusnya, aktiviti jejak sirah telah dijalankan dalam setiap kumpulan yang dikendalikan oleh setiap fasilitator. Peserta ditugaskan untuk membuat mind mapping bagi setiap sirah kemudian dibentangkan.

Sekitar jam 2.00 petang, program diteruskan dengan slot Fiqh Wanita disampaikan oleh Puan Nurul Hasna’ bt Hazni yang memberi fokus tentang ‘Haid’. Antara perkara penting yang ditekankan oleh penceramah ialah hukum, ciri-ciri dan persoalan tentang haid dan istihadhah. Beliau turut membicarakan tentang kaedah pengiraan bagi membezakan haid dan istihadhah.

Program kemudian disambung dengan slot ‘Jom Cantik dan Sihat’ yang dikendalikan oleh Puan Farhah Hazirah bt Hamdan. Slot ini membincangkan tentang dua perkara penting iaitu hukum berhias dan juga kesihatan. Penceramah mengingatkan peserta tentang berhias dimana Islam tidak melarang untuk berhias tetapi tidak boleh menyamai wanita jahiliyyah. Wanita jahiliyyah memakai wangian dan berhias secara berlebih-lebihan, mencukur kening serta memakai bulu mata dan rambut palsu. Beliau turut berkongsi tentang pentingnya menjaga kesihatan dari segi aspek kadar pemakanan yang diambil.

Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan penutup oleh pengerusi HALUANITA Perak iaitu Puan Hajjah Wan Rozina bt Wan Musa seterusnya penyampaian cenderahati kepada pihak AJK Surau Ihsaniah dan penyampaian sijil kepada para peserta.Program berakhir sekitar jam 5.30 petang dengan sesi bergambar kenangan.

Laporan disediakan oleh Maisarah bt Zulkifli, setiausaha PESONA 2017.

Slot ‘Istimewanya Menjadi Wanita’ yang disampaikan oleh Puan Siti Munirah Athirah

Fasilitator menyampaikan sirah dalam kumpulan masing-masing

Peserta membentangkan tugasan sirah setiap kumpulan

Peserta diberikan potongan pokok lidah buaya dalam slot ‘Jom Cantik dan Sihat’

Peserta PESONA 2017 bergambar kenangan

Barisan fasilitator dan urusetia yang bekerjasama menjayakan PESONA 2017

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com