You Are Here: Home » Aktiviti » Kemanusiaan Dan Kesukarelawanan

Kemanusiaan Dan Kesukarelawanan

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, Hadits Arba’in An Nawawi ke 36).

IMG-20170311-WA0006Pada 11 Mac 2017, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh telah mengadakan Kursus Asas Kemanusiaan Dan Kesukarelawan bertempat di Dewan Sekolah Rendah Al-Ihsan (SERI). Seramai 43 orang peserta yang hadir terdiri daripada relawan dan team KBHI Crew sendiri.

Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Abdullah Syahid bin Zul Safaruddin seterusnya ucapan aluan oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Perak, Encik Muhammad Ridhwan bin Abdul Rahman.

Slot yang pertama disampaikan oleh Dr. Baharuddin bin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Malaysia. Beliau memperkenalkan pada peserta tentang latarbelakang HALUAN dan pengenalan tentang Biro Misi Kemanusiaan HALUAN. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam misi kemanusiaan dan kesukarelawanan. Beliau turut menyentuh tentang kepentingan sukarela dalam menjalankan misi dan prinsip-prinsip kesukarelawanan.

Pada slot sebelah petang pula, penceramah iaitu EncikJamli Bin Muda selaku Setiausaha Biro Misi Kemanusiaan HALUAN Malaysia banyak menekankan tentang realiti kawasan bencana dan teknik-teknik misi kemanusiaan. Beliau turut berkongsi pengalaman-pengalaman beliau dalam mengurus kawasan bencana dan teknik-teknik berurusan dengan mangsa bencana dan pihak berwajib. Program diteruskan dengan sesi soal jawab serta pandangan dan cadangan.

Kursus berakhir dengan penyampaian sijil pada peserta seterusnya cenderahati kepada penceramah dan sesi bergambar kenangan.

20170311_101100Pengenalan tentang BMK HALUAN oleh Dr. Baharuddin Suri

20170311_153548Encik Mohd Jamil Muda berkongsi pengalaman beliau di lapangan bencana

IMG-20170311-WA0013Peserta memberi tumpuan pada ceramah yang disampaikan

IMG-20170312-WA0021Gambar kenangan peserta lelaki bersama penceramah jemputan

IMG-20170312-WA0022Peserta perempuan mengambil gambar kenangan

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com