You Are Here: Home » Aktiviti » KMK2017: Kami Remaja Rabbani

KMK2017: Kami Remaja Rabbani

GOPENG, PERAK 30 Disember 2017 – Kem Minda Kreatif 2017 yang bertemakan “Kami Remaja Rabbani” telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula dari 22 hingga 24 Disember 2017 bertempat di Kem PLKN Kepimpinan Gemilang, Kg. Baru Lawan Kuda, Gopeng, Perak. Seramai 70 orang peserta dalam lingkungan pelajar tingkatan 1 hingga 4 yang terdiri daripada 33 peserta lelaki dan 37 peserta perempuan telah berjaya menyertai program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI).

Barisan kepimpinan Kem Minda Kreatif 2017 telah diketuai oleh Saudara Amir Hamzah Razali selaku Kem Komandan dan dibantu oleh Muhamad Raif Abdul Rahman dan Faathimah Ab Ghani selaku Timbalan 1 dan 2 serta fasilitator dan urusetia yang telah dipantau secara terus oleh Ustaz Aizul Ahyar bin Saminan selaku Penasihat KMK Perak.

Sesi pendaftaran bermula jam 5 petang, seterusnya peserta ditempatkan ke penginapan masing-masing. Selesai solat Maghrib, Kem Komandan memberi taklimat tentang keselamatan dan peraturan-peraturan sepanjang berada dalam kawasan kem. Program diteruskan dengan sesi ice-breaking yang dikendalikan oleh saudara Mohd Izwan bin Aminuddin. Seterusnya diikuti dengan ceramah bertajuk ‘Kami Remaja Rabbani’ yang disampaikan oleh Ustaz Aizul Ahyar bin  Saminan. Beliau menyentuh beberapa ciri remaja rabbani yang telah disarankan dalam Islam.

Antara tarikan Kem Minda Kreatif 2017 adalah aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Flying Fox, Obstacle, Team building dan Kembara Tarbawi. Dalam aktiviti Kembara Tarbawi, peserta telah diberikan beberapa tugasan dalam setiap checkpoint. Terdapat 5 checkpoint iaitu Keimanan, Asas Kehidupan, Al-Quran Petunjuk, Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Masa.  Sepanjang program juga, peserta telah didedahkan dengan pemahaman dan kesedaran Islam disamping mengembangkan daya kreativiti dalam kehidupan seharian agar dapat menjadi manusia yang mampu berdikari dan bermanfaat pada orang lain. Sebelah malam pula, peserta diberi peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing melalui lakonan, nasyid dan sebagainya dalam slot Malam Minda Kreatif.

Pada hari akhir, peserta didedahkan dengan asas kemahiran hidup sebelum majlis penutupan dijalankan. Peserta lelaki didedahkan ilmu asas seperti kemahiran membaiki paip air, memasang lampu, menjahit dan membaiki basikal. Manakala peserta perempuan ditugaskan untuk memasak juadah yang berasaskan buah pisang.  Kemudian, peserta diberi masa 30 minit untuk bersama-sama gotong-royong mengemas kawasan kem di samping mengelak dari keciciran barangan yang dibawa.

Sekitar jam 11 pagi, Kem Komandan menjalankan sesi refleksi kem bersama peserta. Peserta diberi kesempatan untuk meluahkan perasaan di sepanjang kem dijalankan. Alhamdulillah, maklum balas para peserta adalah baik dan mereka berharap Kem Komandan dikekalkan untuk Kem Minda Kreatif 2018. Akhir sekali, KMK melabuhkan tirai dengan ucapan perasmian penutupan oleh saudara Ahmad Yusuf bin Razali serta penyampaian hadiah kepada para peserta. Program diakhiri dengan sesi fotografi dan solat Zohor.

Laporan disediakan oleh Muhammad Syafwan Che Mustapha, Setiausaha KMK Perak 2017.

Kem Komandan sedang memberi taklimat program pada peserta

Antara checkpoint dalam aktiviti Kembara Tarbawi

Peserta perempuan menjalankan aktivti Dapur Berasap

Juadah hasil masakan peserta perempuan diadili oleh chef jemputan

Peserta lelaki didedahkan tentang ilmu asas elektrikal (pemasangan lampu)

Peserta diberi tugasan untuk membuka dan memasang semula basikal

Gambar kenangan peserta perempuan dan barisan fasilitator

Gambar kenangan peserta lelaki KMK Perak 2017

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 100

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com