You Are Here: Home » Aktiviti » Mesyuarat Agung KBHI Ke-10

Mesyuarat Agung KBHI Ke-10

Telah dijalankan Mesyuarat Agung Kelab Belia Haluan Ipoh kali ke-10 pada 30 Mac 2018 bertempat di Pejabat HALUAN Perak, Ipoh. Seramai 26 orang anggota Kelab Belia Haluan Ipoh yang hadir bersama ke mesyuarat tersebut. Turut dijemput ialah Encik Abdul Manap bin Mohamed Noor selaku wakil HALUAN Perak.

 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi kelab, Encik Muhammad Fadhli bin Razali. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota kelab yang telah bersama menjayakan aktiviti sepanjang tahun 2017 secara langsung atau tidak. Beliau turut menyentuh tentang kesinambungan legasi KBHI memandangkan kebanyakkan ahli jawatankuasa kelab telah mencecah umur lanjut 30-an. Beliau mengharapkan agar muka-muka baru dapat bersama membantu kelab seterusnya mengambil alih kepimpinan kelab. Seterusnya pembentangan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017 oleh Encik Ahmad Yusuf bin Razali selaku setiausaha kelab. Sebanyak 16 aktiviti yang telah dijalankan yang melibatkan program bersama masyarakat, sesama ahli kelab dan juga program dana. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan tahun 2017 oleh bendahari kelab, Encik Muhammad Ridhwan bin Abdul Rahman.

Dalam usul cadangan dan pandangan, terdapat beberapa respon yang baik dalam memperkemaskan perjalanan kelab. Antaranya ialah Encik Ahmad Al-Wafi mencadangkan agar diadakan aktiviti santai seperti berkelah dan sebagainya dengan lebih kerap bagi mengeratkan lagi ukuwah sesama ahli. Encik Mohamad Fakhruddin pula mencadangkan agar dapat dijalankan bengkel organisasi untuk kelansungan KBHI akan datang. Manakala, Cik Izzah Athirah mencadangkan agar dapat diadakan aktiviti sukan seperti memanah, berenang dan seni mempertahankan diri di kalangan pemudi.

Turut diselitkan dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan kasar 2018 dimana pengerusi Kelab Belia Haluan Ipoh telah memberi sedikit penjelasan tentang beberapa aktiviti yang bakal dijalankan samada bersama pihak kerajaan, masyarakat dan sesama ahli sendiri.

Ucapan penangguhan telah disampaikan oleh wakil HALUAN Perak, Encik Abdul Manap bin Mohd Noor. Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan mesyuarat dengan teratur. Beliau mengingatkan tetang semangat orang muda yang perlu diseimbangkan dan diletakkan pada tempat yang betul. Beliau berharap agar pihak KBHI dapat terus berkhidmat pada masyarakat dan negara. Mesyuarat ditangguh dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar.

Pengerusi memberikan ucapan aluan pada awal mesyuarat

Ahli kelab memberi tumpuan pada pembentangan aktiviti kelab

Penyampaian cenderahati kepada Encik Abdul Manap selepas ucapan penangguhan

Gambar kenangan untuk Mesyuarat Agung KBHI Ke-10

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 98

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com