You Are Here: Home » Perkongsian » Niat dan Taugeh

Niat dan Taugeh

Saya mulakan proses pentaipan saya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dalam kitab dan Syarah Hadis 40 karya Imam Nawawi Rahimahullah serta Sohih Bukhari, hadis yang pertama ada menyebut seperti begini yang bermaksud:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya semua amalan perbuatan dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut apa tujuan hijrah itu.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

Ketika saya belajar di kolej dalam subjek Kaedah Fiqh, apa yang saya belajar, dalamnya mempunyai 5 kaedah asas dan kaedah asas yang pertama ialah dalam Bahasa Arabnya ‘Al Umur Bi Maqasidiha’ yang bermaksud setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat.

Begitu juga ketika saya menghadiri mana-mana program, apa yang ditekankan oleh kem komanden ataupun dari fasilitator ialah berkenaan niat.

“Saya minta hadirnya kita ke sini sama-sama kita membetulkan niat kerana Allah Swt.”

Sama seperti ketikamana saya bermain futsal, sebelum memulakan kuliah, bergurau, berkerja, dan sebaginya. Pasti ada orang yang mengingatkan fasal niat.

Niat, niat, dan niat!

Tapi, apa kaitan niat dengan taugeh seperti tajuk di atas?

Kisah Akmal & Taugeh

Akmal. Berumur sekitar 20 tahun. Dia mempunyai rakan bernama Usin. Pada satu hari, diizinkan Allah Swt, mereka berdua terpilih untuk menjadi fasilitator untuk kem lepasan SPM. Mereka berdua sangat bersyukur kerana terpilih kerana bukan mudah untuk menjadi fasi kem tersebut.

Kem tersebut mempunyai peserta yang latar belakangnya baik belaka. Yang lelakinya soleh. Yang perempuannya pula solehah. Bertudung labuh dan sejuk mata menengoknya. Fasi wanitanya pula pun sama. Solehah sokmo. Sehinggalah pada satu hari Akmal ternampak seorang fasi wanita yang menggugah jiwanya. Akmal pula melaporkan perkara itu pada Usin. Usin pun tidaklah sangat mengenali perempuan itu, cumanya hanya tahu ibu dan ayahnya saja. Tapi Usin meminta supaya Akmal bertenang. Rileks. Be cool!

Ketika pada satu pagi, di kantin, sedap mentekedarah sarapan pagi, kebetulan si ibu perempuan itu turut hadir ke kem untuk membantu serba sedikit. Waktu di kantin, Usin pun tunjukklah kepada Akmal makcik yang mempunyai anak gadis yang diminatinya.

“Ha! Tulah mak budak tudung pink (merujuk kepada fasi wanita yang diminati Akmal).”

Sambil seorang makcik kantin juga turut kelihatan berhampiran ibu gadis tersebut. Makcik kantin itu masuk ke dapur meneruskan tugasannya.

“Oh ye ke?” Ujar Akmal dengan buat muka kool.

Lalu Akmal pun terus bangun dan mengikuti makcik kantin tadi. Aik? Apa halnya Akmal ikut makcik kantin tadi?

Selang beberapa jam.

“Aduh! Malunya aku!” Kata Akmal dengan mimik muka merah padam.

“Apa hal ko?” Tanya Usin kembali.

“Buat penat je aku tolong makcik kantin tadi.”

“Ye la. Ce cerita sikit apa halnya.” Tanya Usin lagi yang mahukan kepastian.

Sambung Akmal, “Camni, tadi aku follow makcik kantin aku nak tolong dia sebab aku ingat makcik ni mak budak yang ko tunjuk tadi.”

“Haha. Amende la ko. Orang tunjuk lain, lain pula yang ko tengoknya.” Tawa Usin terbahak-bahak.” Ujar Usin masih lagi ketawa.

“Ko gelak apa? Penat wey. Aku tolong dia buat kari, potong ini dan itu, basuh taugeh. Dah la banyak taugeh tu. Tempayan besar lagi. Jari aku pula luka time potong belimbing. Belimbing yang last pula tu.”

Akmal pun menceritakan dialog antara dia dengan makcik kantin.

Akmal: Makcik, saya nak tanya boleh?

Makcik: Tanya je lah.

Akmal: Yang tudung pink tu (gadis yang diminati Akmal itu kebetulan berada di sekitar dapur kantin), anak makcik ke?”

Makcik: Hah! Bila masa makcik ada anak perempuan?!

Akmal terkejut sangat sehingga terhiris sedikit jarinya akibat ketika memotong belimbing yang terakhir.

“Tulah. So moral of the story, apa pun yang kita buat, niat kena betul. Niat kerana Allah. Jangan jadi macam aku. Budak perempuan tu aku tak dapat. Yang dapat letih, luka jari, dan kecewa.” Pesan Akmal kepada sahabatnya.

Usin tak habis lagi dengan tawanya.

(Base on true story)

Akhir: Semuanya kerana Allah

Dalam apa jua yang kita lakukan, tak lain dan tak bukan, semuanya kerana Allah. Tidak semestinya niat itu ketika solat atau di masjid sahaja. Malah di mana-mana atau bila-bila masa sahaja, kerja kita, makan minum, bermain, driving, masak dan seumpamanya, niatlah kerana Allah.

Ini saja dari saya. Pesanan dan peringatan juga buat saya sebagai penaip entri ini.

Semoga Allah memberi manfaat kepada kita.

Wallahu’alam.

#Save Palestine and Free Syria!

Nukilan: Silver Haraki

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Comments (2)

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com