You Are Here: Home » Aktiviti » Sembang Santai Pemudi Dan Siswi

Sembang Santai Pemudi Dan Siswi

Program Sembang Santai Bersama Ustazah Fatimah Syarha telah diadakan pada 23 Julai 2017 bertempat di Dewan Sri Kinta, Politeknik Ungku Omar. Program tersebut telah dianjurkan oleh Biro Pemudi HALUANITA Perak, dengan kerjasama Persatuan Siswa Siswi Islam, Politeknik Ungku Omar, Kelab Belia Haluan Ipoh dan Biro IPT HALUANITA Perak. Seramai 236 orang pelajar Politeknik dan pelajar sekita Perak hadir menyertai program ini.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dimana para peserta mula mendaftarkan diri seterusnya dibekalkan dengan sarapan pagi. Seterusnya majlis perasmian yang telah dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari wakil pelajar Politeknik, Nur Syafiah bt Abdul Aziz iaitu ayat 35 dan 36 dari Surah Al-Ahzab. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Puan Haniza Norlin bt Md Yusof, Ketua Jabatan Pengajiam Am. Beliau mengalu-alukan kedatangan para peserta dan melahirkan rasa gembira di atas kerjasama yang berjaya dijalinkan untuk menjayakan program ini. Turut ditayangkan montaj dari Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI).

Program diteruskan dengan pengisian slot yang pertama oleh Ustazah Fatimah Syarha bt Mohd Noordin. Antara isi penting yang boleh diambil daripada pengisian slot pertama adalah seorang muslimah haruslah memperlengkapkan diri dengan pelbagai ciri untuk memenuhi kriteria mawar berduri. Antaranya yang pertama, membina hubungan dengan Allah iaitu sentiasa menjaga amalan wajib dan melazimi amalan sunat. Selain itu, ciri yang kedua adalah membina akhlak yang baik dan yang terakhir adalah membina hubungan yang baik sesama manusia.

Program berehat sekitar 15 minit bagi memberi ruang untuk semua yang hadir bagi menikmati minum pagi. Turut berjalan pada waktu itu ialah persembahan nasyid dari kumpulan Halawa6, wakil Politeknik Ungku Omar.

Slot seterusnya diteruskan dengan seisi Soal Jawab yang telah dikendalikan oleh Nurul Hasna’ bt Hazni selaku moderator. Slot ini mendapat sambutan yang baik dari para peserta. Beberapa soalan dikemukakan oleh peserta dan mendapat jawab balas dari Ustazah Fatimah Syarha sendiri. Walau bagaimanapun, slot terpaksa dihentikan sekitar 12.30 tengahari memandangkan kekangan masa yang ada.

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh Pengerusi HALUANITA Perak iaitu Puan Hajjah Wan Rozina Binti Wan Musa kepada penceramah dan wakil Politeknik. Ucapan penutup turut disampaikan oleh beliau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa dan peserta yang telah sama-sama menjayakan program kali ini selain ucapan terima kasih kepada pihak penceramah dan Politeknik yang sudi bekerjasama. Harapannya moga selepas ini lebih banyak lagi program dapat dijalankan bersama-sama dengan pihak Politeknik.

Slot diakhiri dengan sesi bergambar peserta bersama penceramah dan ahli jawatankuasa. Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Harapan dari pihak penganjur juga supaya program ini dapat membantu para peserta untuk menyediakan diri menjadi seorang muslimah yang punya jati diri, sesuai dengan tema program “Seindah Mawar Berduri”.

Laporan oleh Nurul Husna Mat Zaki, Setiausaha Program.

Peserta sedang mendaftarkan diri sebelum masuk ke dewan utama

Ustazah Fatimah Syarha menyampaikan perkongsian beliau tentang ‘Seindah Mawar Berduri’

Halawa6, kumpulan nasyid dari Politeknik membuat persembahan

Peserta bertanyakan soalan pada Ustazah Fatimah Syarha dalam slot kedua

Gambar kenangan program Sembang Santai Bersama Ustazah Fatimah Syarha

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com