You Are Here: Home » Aktiviti » Seminar Rumahtangga Sakinah

Seminar Rumahtangga Sakinah

“Rumahtangga Islami adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana ‘syurga’ di dalamnya. Sesuai dengan slogan BAITI JANNATI“. (Cahyadi Takariawan, Keakhawatan 3)

img_5357KG KEPAYANG, PERAK 27 Oktober 2016 – Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja (BPKR) HALUAN Perak dengan kerjasama Kelab Belia Haluan Ipoh dan team Guru SERI telah menganjurkan Seminar Rumahtangga Sakinah di Sekolah Rendah Al-Ihsan pada 23 Oktober 2016. Seramai 102 orang peserta dari seluruh negeri Perak hadir untuk menyertai seminar ini. Seminar pada kali ini membawa tajuk “Menyemai Cinta Dalam Rumahtangga” yang disampaikan oleh Encik Azmi Bahari, Trainer Famili Mithali Consultancy. Seminar ini bertujuan untuk menjelaskan hakikat rumahtangga serta perkongsian ilmu dalam membangunkan rumahtangga sakinah. Seminar bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Abdullah Munzir bin Zul Safaruddin.

Penceramah memulakan seminar dengan ayat 6 Surah At-Tahrim dimana Allah menyuruh supaya kita memelihara diri dan juga ahli keluarga dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Perkara ini perlu dijadikan tugas utama dalam institusi rumahtangga Islam. Dengan itu, keluarga tersebut perlu menjalani proses tarbiyah dan pembinaan sehingga rumahtangga itu memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah.

Rumahtangga merupakan suatu amanah dari Allah untuk umat manusia. Maka, akan timbul dalam institusi rumahtangga itu masalah dan perselisihan. Namun, kita perlu faham bahawa masalah rumahtangga itu biasa dan yang besar itu bukan masalah tetapi sikap kita dalam menghadapi masalah tersebut. Apabila kita faham dan melalui proses, seharusnya kita berlapang dada dalam menangani masalah yang berlaku.

Penceramah juga berkongsi tentang keseimbangan dalam rumahtangga iaitu dari sudut fizikal (makan, minum, tempat tinggal dll), aqli (imu) dan juga emosi (hati). Ketiga-tiga aspek ini perlu diseimbangkan kerana ia merupakan elemen penting dalam rumahtangga. Kesilapan pasangan atau ibu bapa kadangkala melebihkan sesuatu aspek itu sehingga mengabaikan aspek yang lain dan secara tidak langsung mengikis suasana sakinah dan rahmah dalam rumahtangga.

Dalam sesi soal jawab, penceramah memberi perkongsian tentang betapa pentingnya menghadiri majlis ilmu tentang rumahtangga agar kita mampu untuk memperbaiki diri dan terus istiqamah dalam memproses diri dan juga ahli keluarga agar terus kekal dalam keadaan yang diredhai Allah. Seminar diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.

img_5325Pengerusi Majlis, Ustaz Aizul Ahyar memperkenalkan penceramah sebelum memulakan program

img_5322Bacaan Al-Quran (Surah Luqman: 1 -19) oleh saudara Abdullah Munzir

img_5338Cikgu Azmi Bahari menyampaikan ceramah beliau tentang cinta dalam rumahtangga

img_5347Peserta memberi tumpuan pada ceramah yang disampaikan

img_5377Soalan diajukan oleh peserta dalam sesi soal jawab

About The Author

KELAB BELIA HALUAN IPOH (PPBM 3732/09) telah berdaftar di bawah Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 27 Mei 2009. KBHI beroperasi di pejabat yang beralamat No.21A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak.

Number of Entries : 96

Leave a Comment

Copyright © 2013 Kelab Belia Haluan Ipoh. All Rights Reserved. KBHI

Scroll to top
shared on wplocker.com